Sunday 12 February 2012

Sajak Buat Umat Islam Di Malaysia


Lihat anak-anak kita
Mereka suci
Tiada dosa

Lihat anak-anak kita
Lihat jauh ke dalam mata mereka
Adakah mata yang bersinar itu
Akan terus bercahaya pada hari esok
Adakah mata mereka akan dipenuhi dengan tangisan
Meratap nasib bangsanya yang dipijak pijak

Lihat anak anak kita
Adakah kita mahu melihat atau mendengar
Keluhan mereka menyalahkan generasi ibu bapa mereka
Mengapa dahulu ibu bapa kami tidak bersatu padu?
Mengapa kami yang menerima kesannya?
Mengapa hak kami diambil oleh golongan yang rakus dan tamak?


Wahai ibubapa kami
Jika kami dilahirkan di generasi 'dunia baru'
Kami mahu jadi sekental Umar Al-Khattab
Berani memperjuangkan nasib agama dan bangsa kita
Dan kami tidak rela dilahirkan dalam bangsa yang berpecah belah
Kerana derita itu ditanggung kami
Ditanggung oleh si kecil yang masih kami gendong

Wahai ibu bapa kami
Tolong tinggalkan kepada kami hak-hak kami
Kami juga bakal
Memberi anak-anak kami sesuap nasi
Kami tidak mahu anak-anak kami derita seperti kami
Dan kami tidak mahu anak-anak kami menyalahkan kami kelak

Wahai generasi ibubapa kami
Kami tidak meminta diberikan seluruh dunia kepada kami
Kami cuma meminta,warisan nenek moyang kamiWarisan yang satu itulah
Untuk kami beri sesuap nasi kepada anak-anak kami
Kerana kami tidak rela,mereka menangis seperti kami

Wahai ibubapa kami
Bersatulah demi Islam
Bersatulah demi akidah anak-anak Islam kemudian

No comments:

Post a Comment